Thursday, December 23, 2010

Haramkan 1 Malaysia Satu Penyiksaan Dan Kezaliman

Tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri Selangor.

Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti.

Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula.

Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini?

Sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat. Konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan.

BODOHNYA HARAMKAN 1 MALAYSIA

TINDAKAN Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak.

Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan.

Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut.

BODOHNYA PEMBANGKANG kerana 1Malaysia sebenarnya membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara.

Menolak 1 Malaysia seperti menolak perpaduan kaum, suka rakyat di negara ini berpecah belah dan negara huru hara.

KESALAHAN BESAR BOHONG DEWAN

Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya.

Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar.

Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas.

PEMBOHONGAN BESAR TAWAN PUTRAJAYA


Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia menafikan Konsep
1 Malaysia diciplak dari One Israel. Tuduhan dari pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya adalah "pembohongan besar" untuk meraih simpati rakyat untuk menawan Putrajaya.

Mana ada di dunia slogan "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Slogan ini berdasarkan rasa tanggungjawab kerajaan dan bukannya sesuatu yang dilemparkan sebagai janji tetapi tidak berasas kepada realiti.

Jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang yang mengamalkan 'Politik janji dulu' selepas pilihanraya baru nak tunaikan.

Selamat Melayari Blog Pamah Bahagia

Blog Pamah Bahagia diwujudkan untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaaan dan menjawab isu-isu semasa. Terima Kasih kerana melayari Blog Pamah Bahagia ini semoga kita terus berinteraksi di alam maya ini.